JOHOR BAHRU: Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru mengingatkan rakyat Malaysia yang dikenakan bayaran melebihi RM15,000 oleh ejen bagi mendapatkan pembantu rumah dari negara itu supaya membuat laporan kepada pihaknya.
Konsul Jenderal KJRI Johor Bahru, Sigit S. Widiyanto, berkata ia susulan pihaknya masih menerima aduan bahawa terdapat ejen yang mengenakan bayaran melebihi had RM15,000 berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) yang dimeterai kedua-dua negara, tahun lalu.
"Berdasarkan MoU itu, had maksimum kos yang dikenakan ejen bagi mendapatkan pekerja domestik adalah tidak melebihi RM15,000, namun kita masih terima aduan ada ejen yang mengenakan bayaran sehingga ada RM20,000, ada RM28,000 dan sampai RM30,000.
"Justeru, jika masih ada ejen yang mengenakan lebih RM15,000, sila lapor kepada KJRI untuk pihak kita cegah dari ia terus berlaku," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra KJRI Johor Bahru bersama Kelab Media Johor, di ibu pejabatnya, di sini hari ini.
Sigit berkata MoU yang ditandatangani pada April tahun lalu itu bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada kedua-dua pihak iaitu pekerja asing dan majikan.
"Sejak MoU ini termeterai, dianggarkan sekitar 1,000 permohonan bagi mendapatkan pekerja domestik warganegara Indonesia telah dibuat setakat ini dan jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat berdasarkan permintaan semasa.
Turut hadir Presiden Kelab Media Johor, Mohamad Fauzi Ishak serta kira-kira 30 orang pengamal media serta pegawai-pegawai KJRI.
Dalam perkembangan lain, Sigit menyeru warga Indonesia yang berada dalam negara ini tanpa memiliki permit sah agar memanfaatkan program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 yang akan tamat akhir tahun ini.
"Kita akui, mungkin masih ramai majikan di negara ini yang menawarkan pekerjaan kepada warga Indonesia secara tidak sah dan ramai juga rakyat Indonesia yang masuk ke Malaysia menggunakan visa pelancong tetapi tidak pulang selepas tempoh 30 hari tamat.
"Jadi dengan adanya program RTK 2.0 yang dilaksana kerajaan Malaysia, kita menyeru pihak majikan dan juga rakyat Indonesia tanpa permit kerja sah untuk membuat permohonan terus bagi mendapatkan dokumen diperlukan," katanya.
Awal Januari lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata kerajaan bersetuju melanjutkan semula Program RTK 2.0, yang mana semua pendatang asing yang berada di negara ini diberikan pilihan untuk pulang atau bekerja dengan tampil berdaftar dengan caj bayaran tertentu.
Sehingga 31 Dis tahun lalu, seramai 418,649 orang pendatang asing berdaftar bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan 295,425 orang pendatang asing bagi Program Rekalibrasi Pulang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023
MoU yang ditandatangani pada April tahun lalu itu bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada kedua-dua pihak iaitu pekerja asing dan majikan. - Gambar hiasan
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian
Maklumat awal mendapati bahawa pelaku merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau serta melakukan tindakan tersebut secara bersendirian.
#AWANInews
#AWANInews
Henti sebarang spekulasi, beri ruang polis jalankan siasatan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang awam supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga ejen pembantu rumah ditahan, eksploitasi wanita Indonesia
Operasi itu dijalankan sepasukan Unit Risikan Operasi, Bah
Wanita Indonesia dakwa didera majikan kerana mahu pulang
Seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa dirinya didera majikan telah diserahkan kepada pihak kedutaan bagi tindakan lanjut.
Polis tahan pembantu rumah Indonesia bantu siasatan penemuan mayat bayi lelaki
Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki yang ditanam di belakang rumah jiran majikannya, di Taman Mutiara pada 30 Dis lepas.
Bekas pembantu rumah Indonesia tuntut gaji tertunggak RM195,000
Derfi Bisilisin, 36, memfailkan saman itu terhadap Koe Boon Aik, 48, di Mahkamah Sesyen di sini.
Rogol amah: Ahli perniagaan dipenjara 12 tahun selepas gagal dalam rayuan
Mahkamah turut mengekalkan keputusan supaya perayu dikenakan lima sebatan.
Polis kesan pembantu rumah cuti barangan, wang majikan bernilai RM10,850
Polis sedang mengesan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki melarikan diri bersama barang berharga dan wang tunai milik majikannya dianggarkan bernilai RM10,850, Isnin lepas.
Pembantu rumah dirantai, majikan ditahan
Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang pembantu rumah warga Indonesia yang ditemukan dirantai di sebuah flat di Taman Tenaga di sini, pada Ahad lalu.
Wanita Indonesia jadi mangsa buruh paksa diselamatkan
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi kerja di sebuah rumah di Port Dickson, dua hari lepas.
Pengurangan kos PDI: KSM tunggu jawapan Indonesia
KSM masih menunggu jawapan daripada Indonesia berkaitan cadangan mengurangkan kos pengambilan pekerja domestik Indonesia (PDI).
Kos pengambilan pekerja domestik Indonesia dikaji semula - Sivakumar
Malaysia dan Indonesia akan mengkaji semula kos pengambilan pekerja domestik Indonesia (PDI) dan menetapkan kadar yang lebih munasabah, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.